Menu

Isnin, 7 Januari 2019

PANDUAN RINGKAS PENULISAN REFLEKSI KULIAH (2PPISMP MT4)

Sila buat refleksi kumpulan setiap kali kuliah.

PANDUAN RINGKAS PENULISAN REFLEKSI KULIAH (2PPISMP MT4)


Penulisan refleksi adalah satu komponen penting dalam Pembelajaran. Pentingnya refleksi adalah kerana:

– Pelajar memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan
– Membina intervensi
– Mengenalpasti persediaan seterusnya untuk PdPc akan datang
– Memahami prestasi diri
– Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc
– Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas

Tiada format tetap tentang penulisan refleksi. Yang ada hanyalah pembudayaan. Berikut adalah serba sedikit panduan untuk penulisan refleksi yang berkesan.

1. Apakah pencapaian murid?
– Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?
– Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?
(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai?
– Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?– Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?
– Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan?
– Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).

Contoh (intervensi) penambahbaikan:
– menerokanbahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata
– menjawab soalan agar memahami subjek
– menjalankankan aktiviti mengikut pelbagai aras

– menggunakan sistem penolakan ganjaran jika tidak mendengar arahan
– memberi lebih ‘wait time’ untuk respon
– menghadkan masa untuk aktiviti ‘running dictation’ dan sebagainya.

https://gsa-1072.blogspot.com/2019/01/contoh-refleksi-kuliah-minggu-1.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan