Rabu, 23 Januari 2019

Kerja Kursus

0 Comments
Kerja Kursus




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK  LOGO IPG 2015


TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: SEMESTER  1 / 2019


Program:  PPISMP
Nama Pelajar:
Kod: GSA1072
Semester / Tahun:  SEM 2 TAHUN 1
Nama Kursus: STATISTIK ASAS
Ambilan:  Jun 2018
Kumpulan:  MT / SN / RBT
Tugasan
Tarikh Mula
Tarikh Hantar
1. Laporan Kajian (800 patah perkataan)
28 Jan 2019

8 Mac 2019

2. Penulisan Reflektif (500 patah perkataan)
1 Mac 2019

15 Mac 2019

3. Kuiz 1


8 Mac 2019



8 Mac 2019

4. Kuiz 2


5 April 2019



5 April 2019



Hasil Pembelajaran Kursus:


Pada akhir kursus ini pelajar dapat :   


1.    menjelaskan kepentingan statistik dalam kehidupan seharian (C2, A3, LO1, LO4, CS1)
2.    membuat interpretasi perwakilan data, sukatan kecenderungan memusat dan serakan hasil  
            daripada analisis data yang telah dikumpul (C5, A4, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
3.    mengaplikasi TMK dalam pengendalian data dan ukuran berangka (C3, A4, LO2, LO3, LO6,  
            CTPS3, LL1)
4.    menganalisis taburan normal sebagai model penyelesaian masalah (C4, A4, LO3,
            CTPS2)


Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran  1, 2, 3, dan 4.


Objektif Kerja Kursus


Pelajar  dapat :


  1. Mengenalpasti satu isu dalam kehidupan seharian.
  2. Mengumpul, menyusun, mempersembahkan data serta menganalisis dan membuat kesimpulan.
  3. Mengaplikasi konsep asas statistik dalam perlaksanaan kajian.
  4. Mengaplikasi TMK dalam pengendalian data dan ukuran berangka.
  5. Menghasilkan satu penulisan reflektif berkaitan dengan kajian secara keseluruhan.
  6. Menjawab soalan Kuiz 1 dan 2 yang merangkumi topik 2, 3 dan 4.(CTS2)







TUGASAN  PROJEK



Petikan di atas merupakan satu contoh penggunaan konsep asas statistik dalam kehidupan seharian dan salah satu kepentingannya ialah dapat memudahkan pengendalian  data untuk membentuk suatu kesimpulan tentang suatu isu.
Berdasarkan contoh dalam petikan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
Tugasan 1:    Laporan Kajian (800 patah perkataan)  (30%)
Buat satu tinjauan bagi mendapatkan data mengenai isu yang dipilih.  
  1. Kumpul dan susun data dalam bentuk jadual taburan kekerapan yang sesuai. (sekurang-kurangnya 40 cerapan)
  2. Buat analisis dengan menghitung
      1. min, median, dan mod
      2. julat, varians, dan sisihan piawai
  1. Persembahkan data dengan menggunakan perwakilan visual yang sesuai.
  2. Buat interpretasi hasil dapatan kajian tersebut dengan tepat.  
  3. Gunakan perisian TMK yang sesuai untuk mewakilkan situasi berkaitan.


Tugasan 2:   Penulisan Reflektif (500 patah perkataan) (20%)
Buat satu laporan reflektif  berdasarkan dapatan kajian tinjauan anda. Penulisan reflektif perlu membanding beza dapatan praktikal dengan dapatan teori daripada sumber-sumber yang sahih.


Tugasan 3:    Kuiz 1- Topik 2 dan 3 (10 %)
Secara individu, anda diminta menjawab 2 soalan struktur  yang melibatkan tajuk Pengendalian data dan Ukuran Berangka merangkumi  2 soalan struktur dalam masa 30 minit.
Tugasan 4 :    Kuiz 1- Topik 4 (10 %)
Secara individu, anda diminta menjawab satu soalan struktur yang melibatkan tajuk Taburan Normal merangkumi  1 soalan struktur dalam masa 30 minit.
Arahan Perlaksanaan Tugasan


1.    Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
2.    Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a.    Font Arial
b.    Saiz huruf – 11
c.    Langkau 1.5 baris
3.    Sertakan  bibliografi menggunakan format APA terkini sekurang-kurangnya dari 5 rujukan terkini yang berkualiti.
4.    Amalan meniru kerja rakan dan plagiat tidak dibenarkan dan tindakan akan diambil.


5.    Muka depan kerja kursus merangkumi:
  • Nama Pelajar
  • Angka Giliran
  • No. Kad Pengenalan
  • Kumpulan/Unit


  • Kod dan Nama Kursus
  • Tajuk Tugasan Projek
  • Nama Pensyarah Akademik
  • Tarikh Hantar


  • 6.    Tugasan ini membawa markah dengan wajaran 70 %   


    Kriteria Pentaksiran
    Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.


    Tugasan disediakan oleh:                 Disemak oleh:

    (Pn Tengku Noor Zima Tuan Jaffar)                       (Datin Norehan Mohamed Shaharoun)
    Penyelaras Kursus MTE3132                  Pakar Bidang (SME)
    Jabatan Matematik                          Jabatan Matematik
    IPG Kampus Pendidikan Teknik                              IPG Kampus Pendidikan Teknik




    Disahkan oleh:


    (Dr. Wan Noor Adzmin Mohd Sabri)
    Ketua Jabatan Matematik
    Jabatan Matematik
    IPG Kampus Pendidikan Teknik

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

     
    back to top